Thursday, January 27, 2011

MiNda SePaRa SedAr RaKaM sEmUanYa

Minda separa sedar anda bertindak menjadi perakam video yang akan merakam kesemua fikiran anda. Minda separa sedar menangangkap segala respon fikiran Anda pada persekitaran Anda – situasi yang Anda lalui setiap masa, orang yang Anda jumpa, perkara yang Anda buat, aktiviti Anda,perilaku Anda, imaginasi Anda, mainan fikiran Anda, kata-kata hati Anda.

Apa yang direkod oleh minda separa sedar akan dilaksanakan sebagai arahan dengan cara ‘terima dan laksana’. Minda separa sedar anggap apa yang Anda selalu fikirkan, itulah yang perlu di realisasikan di dunia sebenar. Apabila Anda kerap teringat seseorang, secara tiba-tiba orang tu akan menelefon Anda atau Anda terserempak dengannya tanpa di sangka-sangka. Sebenarnya ini semua kerja minda.

Sebagai contoh, apabila Anda kerap membayangkan Proton Inspira sebagai kereta idaman Anda, secara tiba-tiba Anda akan selalu nampak kereta Proton Inspira ke mana saja Anda pergi, di mana jua Anda berada. Apabila Anda sering membayangkan telefon bimbit idaman, Anda akan perasan yang Anda kerap ternampak handphone idaman Anda tu di mana-mana – di dalam gambar, dalam iklan, dalam tangan kawan Anda atau simply dalam majalah yang Anda baca. Semua itu terjadi sebab Anda kerap memikirkannya!

Minda separa sedar bekerja di luar batasan logika. Anda takkan tahu bagaimana minda separa sedar bekerja, seperti mana Anda tak tahu cemana handphone Anda menghantar sms kepada kawan Anda dalam masa satu saat saja. Yang Anda tahu, taip sms dan tekan send, kan?. Begitu juga minda separa sedar.

Secara asas, minda separa sedar memberi respon pada fikiran Anda iaitu perkara yang kerap Anda fikirkan, yang kerap Anda bayangkan, yang kerap Anda imaginasikan. Minda separa sedar sensitif pada FEEL Anda dan EMOSI Anda ketika membayangkan sesuatu dengan kerap.
Sebab itulah kenapa orang yang bermasalah sering menjumpai lebih banyak masalah sebab fikirannya di dominasi oleh masalah, emosinya didominasi oleh FEEL tertekan dek memikir masalah. Orang yang gembira jadi bertambah gembira sebab fikirannya di dominasi oleh FEEL gembira.

Orang yang selalu berfikir pasal kegagalan akan selalu gagal sebab dia banyak memikirkan kegagalan yang dilaluinya. Orang yang berfikir pasal kejayaan banyak mencapai kehebatan sebab dia banyak berfikir mengenai kejayaan yang mahu dicapainya.
Seperti yang di katakan dulu, apa yang kerap Anda fikirkan, itulah yang akan terjadi. Fikirlah yang baik-baik, supaya semua yang terjadi dalam hidup Anda baik-baik belaka.

Tuesday, January 25, 2011

3 sEbaB keNaPa AnDa mErAsa ReNdaH diRi


Apa dia rasa rendah diri? Ia adalah perasaan di mana Anda merasa diri Anda tak sehebat orang lain. Anda tak nampak di mana kekuatan diri Anda, Anda tak tahu apa kelebihan Anda, Anda kurang yakin dengan diri sendiri. Semua ni berlaku kerana sebab-sebab tertentu.
Berikut adalah 3 sebab kenapa Anda merasa rendah diri.

1. Anda tidak bertanggungjawab.
Anda tidak bertanggungjawab pada diri Anda, sebabnya Anda tidak berusaha memajukan diri sendiri dalam berbagai aspek. Anda cuma merasa diri Anda tidak layak. Anda tidak memilih untuk menjadi orang depan, sebalinya memilih untuk menjadi orang belakang. Orang depan mencipta sesuatu dan melakukan sesuatu, sebaliknya orang belakang hanya mengikut, tidak ada inisiatif untuk memulakan sesuatu.

2. Keyakinan Diri Anda Rendah.
Anda merasa rendah diri sebab Anda melihat orang lain lebih hebat dari Anda. Anda terlalu banyak melihat kehebatan orang lain tapi tak berusaha mendiskaver kelebihan diri sendiri. Orang yang sering merasa tidak yakin adalah orang yang tidak mengenal siapa dirinya. Cuba gali apa bakat Anda, cuba cari apa perkara yang Anda boleh buat dengan cukup bagus, lebih bagus dari orang lain di sekeliling Anda.

3. Anda menyerah pada komen-komen negatif.
Orang kata Anda bodoh, Anda terima dan Anda merasa Anda bodoh. Orang kata Anda kurang bijak,Anda merasa itu betul. Hentikan semua ini. Kini sudah tiba masanya Anda tidak perlu bergantung pada kata-kata orang. Inilah masanya Anda mendengar kata-kata dari suara hati Anda sendiri. Meminta pendapat orang itu boleh, tapi jangan sampai Anda buat sesuatu kerana di pengaruhi oleh mereka sebab Anda akan hilang kawalan pada diri sendiri. Untuk tidak menyerah pada komen-komen negatif, ransang diri sendiri dengan kata-kata motivasi. Ulang-ulangkan kata-kata motivasi di fikiran kemudian ingat selalu. Beri peringatakan pada diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.

bEri SemaNgAt paDa diRi deNgaN MeNguBaH PeRspEKtiF



Bagaimana memberi semangat pada diri sendiri? Caranya, ubah perspektif.
Perspektif adalah cara kita melihat sesuatu perkara, benda, orang dan situasi. Perspektif adalah pandangan kita. Untuk mencetus motivasi, perspektif kita kena positif selalu.
Untuk membina perspektif positif, mulakan dengan bersangka baik. Bersangka baiklah dengan sikap orang-orang di sekeliling Anda walau seburuk manapun perangainya. Bersangka baiklah dengan situasi yang terjadi pada Anda, walau seburuk manapun halnya. Apapun yang terjadi, bersangka baiklah tanpa henti.
Beri respon positif pada setiap perkara, setiap orang, setiap benda, setiap situasi dan setiap kejadian. Apa jua yang Anda baca, yang Anda lihat, yang Anda dengar dan yang Anda rasakan, beri respon positif. Respon Anda mempengaruhi emosi Anda, lantas mempengaruhi tindakan Anda.
Apabila respon positif, emosi serta tindakan Anda akan mula berubah menjadi positif.

BaGaiMaNa FiKirAn MeNariK peRkaRA buRuK?

Apa yang Anda fikirkan selalu, itulah yang akan dijelmakan ke dunia nyata, cuma lambat atau cepat saja ia direalisasikan. Bila Anda fikirkan sesuatu yang buruk dan sesuatu yang Anda tak sukai kemudian selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara buruk untuk berlaku pada diri Anda. Mengingat masalah, Anda akan menarik lebih banyak masalah.
Apabiala Anda fikirkan sesuatu yang baik, menggirangkan dan sesuatu yang Anda sukai kemudian Anda selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara baik untuk berlaku pada diri Anda. Fikiran Anda ibarat magnet.
Fikiran positif menarik hal-hal positif. Fikiran negatif, menarik hal-hal negatif. Tiap kali Anda mengingatinya, samalah seperti Anda berdoa banyak kali untuk mendapatnya. Disiplinkan mental Anda. Jangan fikirkan hal-hal buruk, benda-benda buruk, perkara-perkara buruk, elak bersangka buruk, walau cuma sesaat!



Monday, January 24, 2011

saYanGi DiRi SeNdiRi





o Pernah dengar, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri?” memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang mampu buat kalau kita sendiri tak sayang diri. Macam mana caranya nak saying diri sendri? Kalau susah, bayangkan begini. Kita ada orang yang kita sayangi, apa yang kita takmau dia lakukan maka janganlah kita lakukan perkara yang sama. Sebenarnya tak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendri.


o Pernahkah memeluk diri sendiri? Cubalah setiap kali sebelum tidur dan sesudah bangun tidur. Rasanya kaedah ini akan berkesan. Semasa memeluk, hayatilah kasih sayang yang keluar dan meresap masuk semula ke hati sanubari kita.


• Melihat ke dalam cermin
o Malu tak tengok cermin? Ahaks, I’m a kind of this grup. Saye malu ho nak ngadap cermin. Especially kalau orang ada sekitar saya. Tapi mulai hari ni rasanya saya mahu belajar melihat cermin. Sebab dikatakan, dengan melihat cermin dan memberikan senyuman untuk penampilan diri sendri adalah satu sumbangan besar. Ini menunjukkan kita bangga dengan apa yang telah diberikan kepada kita. He he, esok2 kene la saya beli cermin sebab dalam umah ni ade satu jek. Tu pun kecik dan sangat jarang digunakan. Kalau suami saye nak adjust misai dgn jambang dia jek guna..ha ha…


• Buat sesuatu yang menggembirakan
o Ayat ini sangat subjektif. Apa saja yang menggembirakan. Anything!!! Jika kita gembira menanam, maka tanamlah apa yang boleh ditanam. Kalau anda gembira membaca buku, maka ia adalah kegiatan yang berbaloi untuk dilakukan.


• Dengar kata2 sendri
o Takde sape lagi yang memahami diri kita melainkan diri kita sendiri. Orang lain mungkin boleh mengadili kita tetapi, mungkin mereka tak mengenali diri kita seperti mana kita mengenali diri sendiri. Dengarlah kata hati dan naluri sendiri kerana kebanyakan daripadanya adalah benar dan pedulikan apa juga yang orang lain bakal kata. Mereka belum tentu mahukan yang terbaik buat kita.


• Bercakap dengan diri sendiri
o Pada masa tertekan, bercakaplah dengan diri sendiri. Dengan diri sendiri, kita bebas berbual apa sahaja. Cuba kata pada diri sendiri bahawa bertuah menjadi diri sendiri. Hargai semua kemajuan dan peningkatan yang telah diri kita lakukan.


• Buang yang negative
o Sekiranya rumah bersepah, kemaskan. Sekiranya kerja tidak selesai, maka selesaikan. Sekiranya kawan kita sering berkata yang negative, beritahu dengan baik bahawa kita tak maukan ini. Pendek kata kalau ada sesuatu yang negative, cuba buangkan.


• Ambil yang positif
o Jangan paksa diri buat benda yang diri sendiri tak suka. Jika gembira untuk menjahit, maka carilah sesuatu untuk dijahit. Sekiranya anda suka untuk bergambar, maka bergambarlah.


• Jauhkan bergosip
o Tak kira walau seronok mana sekalipun bergossip, tinggalkanlah kerana bila kita berkata buruk tentang orang, perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada kita


• Berlaku jujur
o Jujurlah dengan diri setiap masa. Sekiranya ada sesuatu yang anda tak suka, maka terimalah. Jika ada sesuatu yang kita tak mau melakukannya sekarang, dan perkara itu tidak memudaratkan keselamatan dan kesihatan kita, maka tangguhkanlah perkara itu di lain masa. Sama juga dengan ada perkara yang kita suka lakukan, maka lakukannya selagi ia tidak menyakiti orang lain. Jika anda rasa diri anda bagus, enjoy dengan perasaan tu sekalipun atas sebab yang tak jelas.


• Bertanggungjawab
o Tunjukkan sikap tanggungjawab pada semua tindakan kita sendiri. Jangan buat orang lain menanggung kesalahan yang kita buat. Sekalipun itu kesalahan, anda akan lebih lega berbanding dengan menanggung rasa bersalah seumur hidup kita. Jangan menggalas tanggungjawab orang lain hanya kerana anda merasakan anda perlu melakukannya.


• Hadapi semua kenyataan
o Jika kita berasa tidak selamat, tidak pasti, takut2, pergi ke dalam diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda gugup menjadi seorang peguam, yakinkan bahawa anda adalah seorang peguam yang baik. Kalau bukan hari ini, esok anda masih perlu menjadi peguam yang baik


• Rajin mencuba
o Ada kala percubaan pertama tak menjadi. Kesilapan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan kerana itu adalah guru terbaik buat kita. Suatu masa, kita akan mengetahui bahawa kejayaan yang kita buat adalah kejayaan paling bermakna buat diri sendiri.


• Hargai penghargaan orang
o Jika anda telah melakukan sesuatu yang bagus dan orang lain menghargainya, terimalah penghargaan itu dengan ungkapan terima kasih. Mengertilah, mereka menghargai kita kerwana mereka betul2 menghargai kita atas apa yang kita lakukan.


• Berdiri dengan rasa yakin
o Posting badan kita hendaklah menunjukkan keyakinan diri. Berdiri tegak, jgn membongkok, luruskan bahu dan tegakkan kepala. Senyum akan membuatkan diri anda lebih yakin.


• Beramah mesra
o Beri salam kepada orang terutamanya yang dikenali. Sapa siapa sahaja yang anda kenal. Berikan senyuman supaya orang akan membalasinya dengan senyuman juga. Kita akan berasa gembira sekiranya orang senyum kepada kita.


• Jangan katakan tidak
o Bila kita rasa kita tak boleh buat, sebenarnya kita takut utk berkata ya. Sekali berkata tidak, maka itu menunjukkan kita belum cukup yakin dengan kemampuan diri sendiri. Sekalipun belum pernah mencuba lagi untuk melakukan sesuatu, katakan bahawa anda boleh melakukannya kerana ini lebih memberi inspirasi berbanding mengatakan tidak.


• Aktifkan diri
o Kalau sekalipun anda takde pekerjaan, jangan hanya duduk tanpa membuat sesuatu. Carilah sesuatu untuk diusahakan supaya masa kosong tidak merosakkan diri anda.


• Happy foods!!
o Makanlah makanan yang menggembirakan seperti coklat, strawberi, lemon, aiskrim dimana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak dan akan menimbulkan perasaan gembira pada diri.


• Hadapi ketakutan
o Orang yang dipandang paling berani juga sebenarnya bermula dengan takut. Ketakutan hanya boleh dilawan jika kita berhadapan dengannya. Sebagai contoh, bercakap di khalayak ramai dilihat menakutkan namun jika anda berjaya melakukannya, anda akan bangga dengan diri anda sendiri.


• Optimistic
o Setkan gol yang perlu anda tuju. Bertatih dari awal untuk mencapai tujuan itu. Seperti bayi, bayi tidak melangkah terus dengan langkah yang betul.


• Bertanya soalan
o Jika kita risaukan sesuatu, jgn cepat menyalah kan diri sendiri dengan soalan-soalan yang menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh anda telah membuatkan seseorang marah, jgn menyalahkan diri dengan soalan, “Kenapalah aku buat dia marah?”, tetapi sepatutnya anda bertanya soalan yang lebih positif seperti, “Apakah yang boleh aku lakukan untuk mengeratkan semula hubungan yang dah rapuh ni?”.


• Belajar
o Terimalah yang tidak semua yang kita rancangkan akan jadi kenyataan. Terima kesalahan dan penolakan orang sebagai sesuatu yang perlu kita lalui untuk mencapai tahap yang lebih baik. Jadi belajarlah sebanyak boleh.


• Senaraikan
o Cuba senaraikan setiap sesuatu kebolehan anda dari ‘Saya boleh melipat kain dengan kemas’ hinggalah ‘Saya boleh bercakap dengan baik depan khalayak ramai’. Setiap kali anda teringatkan sesuatu kebolehan anda ini, senaraikannya dalam senarai yang sama. Tiba masanya anda rasa kecewa dengan diri sendiri, ambil sedikit masa untuk membaca senarai itu. Secara tak langsung anda akan mengelakkan dari merasakan diri sendiri tak ada gunanya. 


• Membantu
o Banyak caranya untuk membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya kita dapat membantu orang lain, pastinya kita akan dapat meningkatkan juga keyakinan diri kita sendiri. Sebagai contoh, membelikan sepeket beras buat teman kita yang diketahui memang kurang berkemampuan. Ini adalah satu cara untuk menggembirakan diri sendiri dengan menggembirakan orang lain terlebih dahulu. Kadangkala pertolongan kecil lebih bermakna untuk meningkatkan keyakinan diri kita sendiri.


• Tunjukkan jalan
o Fikirkan sesuatu yang anda benar2 mampu untuk buat. Cari sekumpulan kecil yang berminat untuk melakukan perkara yang sama dan jawab soalan-soalan mereka dengan baik. Sekiranya tidak menjumpai kumpulan itu, mungkin anda boleh memulakan satu kumpulan untuk mengusahakan perkara ini.

Sunday, January 23, 2011

tiPs BerJaYa dAlaM peLajARan




Disini tersenarai beberapa teknik mengingati suatu fakta dengan sistematik
dan mudah. Sebenarnya setiap orang mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.

1. Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan
- Apabila anda cuba menghafal sesuatu fakta, anda boleh menukarkannya kepada bahasa dan berbisik kepada diri sendiri. Ini dapat mengukuhkan ingatan anda.

2. Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
- katakan suatu fakta yang agak penting untuk matapelajaran tertentu, maka anda harus menghafalnya dengan baik ditempat yang lain dari biasa. Contohnya menghafal dihadapan

cermin atau didalam bilik air. Dengan memikirkan keadaan tersebut, secara tidak langsung anda teringat fakta berkenaan.

3. Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
- Cari apakah barang yang paling selalu anda lihat. Apabila sukar menghafal sesuatu fakta, kaitkan dengan barang tersebut. Dengan itu, fakta itu tidak mudah luput.

4. Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam.
- Mengikut kajian, hanya 35% atau 2/3 daripada fakta yang dihafal kekal dalam ingatan dalam jangkamasa 9 jam. Oleh itu, dalam masa 9 jam selepas mempelajari sesuatu pelajaran, anda harus mengula
ngkaji sekali lagi untuk meningkatkan tahap ingatan anda.

5. Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
- Semasa belajar sejarah, anda mungkin bosan dengan nama tokoh atau tahun yang perlu diingati. Apabila keadaan ini berlaku, anda boleh berdiri dan cuba melakukan beberapa gerakan yang berkaitan dengan tokoh berkenaan. Dengan itu, anda dapat mengingatinya dengan lebih berkesan.

6. Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan.
- Seringkali ada orang bertanya, " Ingatan saya lemah, apakah yang patut saya lakukan?" Sebenarnya, manusia akan melupakan sesuatu untuk mengingati sesuatu yang lain. Sesuatu yang diperlukan akan kekal dalam ingatan dan yang tidak digunakan akan dilupakan. Oleh itu, jika anda mahu apa yang dipelajari kekal dalam ingatan, anda harus sering menggunakannya.

7. Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
- Anda boleh membahagikan apa yang anda hendak pelajari kepada tiga bahagian. Selepas menghabiskan bahagian utama, terus ke bahagian kedua. Apabila tamat bahagian kedua, ulangi bahagian pertama dan baca bahagian kedua dan seterusnya. Apabila habis bahagian ketiga, kembali membaca kesemua bahagian. Dengan ini anda pasti dapat mengingati fakta penting dan memahaminya dengan bagus.

8. Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.
- Menganggap peperiksaan atau latihan sebagai jalan untuk mencari kesilapan diri, baru ada maknanya. Tetapi manusia sering melupakan sesuatu yang dibencinya atau yang tidak berfaedah kepadanya. Untuk mengelakkan keadaan ini, buat catatan kesilapan yang dilakukan semasa latihan atau peperiksaan. Misalnya, anda boleh melekatkan soalan yang salah dijawab dalam sebuah buku latihan dan tuliskan jawapan sebenar di tepi soalan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti kesilapan anda.



Menggunakan Otak Orang Lain

Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.

a) Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar
- Tidak kira siapa pun orang ternama, mereka merupakan orang yang mahir mendengar. Melalui itu, mereka mengumpul banyak maklumat dan menggunakanya atas kerjaya diri sendiri dan mencapai kejayaan. Oleh itu, jika anda hendak menggunakan otak kawan atau guru, anda mesti menjadi seorang yang mahir mendengar.

b) Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
- Pengalaman kejayaan seseorang biasanya lebih menumpukan keputusannya dan mengabaikan proses kejayaannya. Sebaliknya jika mendengar pengalaman kegagalan, biasanya akan dijelaskan sebab menghadapai masalah dan kesilapan yang dilakukan dengan teliti. dan tentunya anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman kegagalan petunjuk jalan kejayaan.

c) Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
- Belajar adalah mengumpul maklumat kemudian menukarkannya menjadi pengetahuan diri sendiri dan seterusnya menggunakannya. Oleh itu, cara yang paling cepat dan tepat ialah mencuri teknik atau pengetahuan orang lain. Sasarannyaguru, abang , kakak, rakan dan
sebagainya. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti mendapatkan pandangan kawan tentang soalan atau topik tertentu dan kesimpulan yang dibuat olehnya.

d) Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri
- Kandungan nota ialah isi dan maklumat penting dari buku rujukan dan teks. Ia memudahkan proses mengulangkaji. Sekiranya ia dapat ditukar-tukar dengan kawan, anda dapat menukar maklumat yang tidak terdapat dalam buku nota masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan sendiri.

e) Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang lain untuk belajar
- Kelemahan pembelajaran dalam kumpulan kecil ( study group ) adalah disebabkan tiada kerjasama antara ahli. Jadi pilihlah seorang ketua yang berdaya maju dan berdedikasi dari segi pelajaran dan bertanggungjawab mengajar cara penbelajaran bukan apa yang perlu dipelajari. Ketua akan membahagikan projek kepada setiap ahli kumpulan dan perbincangan

tentang jawapan yang tepat dilakukan. Kesimpulannya, kita dapat menerima lebih pandangan dari pelbagai sudut dan lebih memahami pembelajaran.

f) Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
- Jika peperiksaan hampir tiba, antara langkah yang dilakukan ialah membuat ramalan soalan. Tetapi kadangkala soalan tidak menyeluruh dan tidak tepat, kumpulkan soalan ramalan yang dibuat oleh rakan dan buat perbandingan.

g) "Guru" merupakan buku rujukan terbaik.
- Semasa dalam kelas, anda harus meneliti penerangan guru dan buat catatan fakta yang dititik beratkan. Buat ulangkaji. Jika ada kemusykilan, rujuk kepada guru terbabit untuk penerangan yang jelas ataupun dapatkan nasihat tentang contoh latihan dan buku kerja yang sesuai digunakan. Dengan kata lain, guru merupakan rujukan terbaik.