Sunday, February 13, 2011

Bagaimana untuk menetapkan matlamat?

1. Matlamat ditentukan dengan Apa yang Kita Inginkan.
Anda jangan sesekali membiarkan matlamat dipengaruhi oleh pendapat orang lain yang boleh merosakkan matlamat anda. Ini kerana, kita bebas menentukan corak hiduo kita. Oleh itu, anda lakukanlah pekerjaan yang boleh mendatangkan kepuasan untuk diri anda sendiri. Apa yang pentin adalah anda harus membuat keputusan berdasarkan kemahuan dan pertimbangan yang baik dari anda sendiri. Bukan bermakna anda tidak menerima pandangan orang lain terutama daripada ahli keluarga tetapi ianya hanya sebagai nasihat dan "guide line" untuk anda membuat keputusan.

2. Tuliskan matlamat anda.
Salah satu cara adalah dengan menulis matlamat kerana ia dapat menolong anda mengenali apa yang dikehendaki. Kebanyakkan daripada kita hanya memikirkan matlamat tetapi tidak menulisnya secara realiti, maka lama-kelamaan, ia akan hilang begitu sahaja. Matlamat yang ditulis, tidak akan hilang. Kecualilah jika ianya dibuang. Melalui penulisan matlamat juga, ianya dapat membuatkan diri kita menumpukan lebih banyak perhatian untuk melaksanakannya.

3. Matlamat haruslah mencabar tetapi masih dalam jangkaan
Matlamat yang mencabar akan membuatkan kita berusaha dan bekerja dengan lebih kuat lagi. Sekiranya matlamat adalah rendah, maka ianya tidak akan mendatangkan sebarang cabaran dan kepuasan. Sebaliknya, sekiranya matlamat terlalu tinggi, ianya akan menyebabkan anda hilang motivasi. Oleh itu, adalah penting untuk menetapkan matlamat yang agak mencabat tetapi masih dalam jangkaan kita seterusnya, kita pasti akan dapat mencapainya.

4. Setip matlamat perlu mempunyai jangkamasa pencapaiannya
Ini adalah utuk membolehkan anda agar tidak berangan-angan kosong seperti angan-angan mat jenin. Ketika anda menetapkan jangkamasa pencapaian matlamat, anda harus mengambilkira tentang pembahagian masa dengan tepat dan praktikal. Oleh itu, anda seharusnya mempunyai matlamat seharian, matlamat jangka pendek, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang.


Matlamat adalah satu peta kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan, tidak akan menghasilkan apa-apa pun. Ini kerana, tabiat atau sikap kita bukan seperti ukiran di batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak ada seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri. Oleh itu, anda harus bertindak dengan cara yang sebaik-baiknya untuk mendapatkan matlamat yang semaksimum mungkin.


No comments:

Post a Comment