Setiap manusia dianugerahkan Tuhan dengan akal yang sempurna. Hanya dengan akal sahaja manusia boleh mengubah sesuatu yang ada di dunia. Seharusnya kita perlu mensyukuri pemberian tersebut dengan menggunakannya sebaik mungkin. Individu yang cemmerlang lazimnya sentiasa bersikap positif, tidak seperti hangat-hangat tahi ayam. Mereka sentiasa cuba untuk mengikis perasaan bimbang yang tidak menentu. Ada masanya kita terlalu memikirkan risiko sesuatu pekerjaan yang kita lakukan. Hal ini boleh diatasi apabila kita betul-betul yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Mengikut kajian pakar-pakar motivasi, apabila seseorang individu itu mempunyai sikap dan pemikiran positif, sebenarnya 60% kejayaannya sudah dicapai, sikap ingin terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam mencapai matlamat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan otak yang cerdas dan jiwa yang tenang juga amat diperlukan.
No comments:
Post a Comment